mutakhir

Mohd Shukri ada jumpa Menteri kabinet?

Oleh Veena Babulal dan Mohd Nasaruddin Parzi

“PERJUMPAAN itu dibuat di luar maklumat saya.”

Demikian reaksi ringkas bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawab kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, hari ini

Mohd Shukri pagi tadi mendedahkan beliau bersama Tan Sri Abu Kassim Mohamed bertemu dengan menteri Kabinet dan Majlis Raja-Raja bagi mendesak supaya Datuk Seri Najib Razak digantikan sebagai Perdana Menteri selepas terdapat bukti berlaku penyelewengan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohd Syukri yang baru dilantik ke jawatan itu Khamis lalu berkata, inisiatif mengadakan pertemuan itu digerakkan Abu Kassim yang ketika Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, siasatan yang adil kepada Najib perlu dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Saya fikir prosedur (siasatan) mesti mengikut tatacara asalkan ia dibuat pada waktu bersesuaian.

“Saya rasa beliau (Najib) perlu dihormati semua pihak, yang kami tidak berkenan apabila waktu tidak sesuai untuk lakukan tindakan (serbuan),” katanya.

Kediaman Najib minggu lalu digeledah pihak berkuasa dengan beberapa rampasan barangan miliknya termasuk wang tunai, barang kemas dan beg tangan di rumahnya di Taman Duta dan Pavilion Residences Apartment, di Kuala Lumpur.

Najib juga hari ini hadir ke ibu pejabat SPRM, di Putrajaya bagi memberi keterangan berkenaan penyelewengan dana SRC International.

Berita berkaitan

Majlis Raja-Raja tak 'tutup mata' kes 1MDB

Hanya 3 menteri yang berani - KP SPRM

Disiarkan pada: May 22, 2018 @ 8:55pm
d