mutakhir

Mandat untuk KJ

Oleh Veena Babulal dan Mohd Nasaruddin Parzi

BARISAN Nasional (BN) dan UMNO memberi mandat kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk merangka cadangan bagi menstruktur semula parti.

Penugasan kepada Khairy itu dimaklumkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas Presiden UMNO pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN, berkata beliau diberi tempoh yang singkat untuk melaksanakan tanggungjawab cukup mencabar itu.

“Saya diberikan tugas oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dan Majlis Tertinggi (UMNO) tadi (semalam) untuk melaksanakan cadangan bagi penstrukturan BN dan UMNO.

“Dalam tempoh sebulan ini, kita akan bentangkan beberapa opsyen kepada BN dan UMNO. Dari segi ideologi, dari segi struktur, dari segi gerak kerja,” katanya yang turut sama pada sidang media itu.

Bagi melancarkan tugas penstrukturan itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, berjanji semua pihak terutama rakan komponen BN dilibatkan secara langsung.

“Kami akan menjadi inklusif bagi mendapatkan pandangan daripada (komponen) BN untuk merangka cadangan,” katanya.

Disiarkan pada: May 23, 2018 @ 12:44am
d