mutakhir

Seluhur budi

Oleh Nor Akmar Samudin

Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Wilayah Persekutuan dan Pertubuhan Institut Perbankan Islam Malaysia

(AlBIM) menganjurkan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) untuk tahun kedua dengan mengagihkan beras dan keperluan asas lain kepada 400 keluarga daripada Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang.

Pengagihan itu dilakukan di Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah semalam, membabitkan PPR Seri Sarawak, PPR Seri Selangor, PPR Loke Yew, PPR Tun Razak dan PPR Cochrane.

Presiden ABIM Muhammad Raimi Abd Rahim berkata, agihan itu ditumpukan kepada penduduk di kawasan bandar kerana statistik mencatatkan 52 peratus kemiskinan adalah di bandar dan 48 peratus lagi kemiskinan di luar bandar.

“Mereka yang tinggal di bandar terpaksa menampung kos sara hidup yang tinggi, jadi ABIM dan AIBIM mengambil peluang pada Ramadan ini untuk memberi sumbangan beras dan keperluan asas lain seperti tepung, gula dan susu agar dapat meringankan beban mereka.

“Senarai penerima tahun ini meningkat lebih 100 peratus berbanding tahun lalu hanya 930 keluarga asnaf.

“Kerjasama ini juga memperlihatkan keprihatinan Institut Perbankan Islam menyumbang kepada masyarakat bandar yang memerlukan bantuan. Kempen tahun ini menyasarkan 2,000 keluarga asnaf di Lembah Klang,” katanya.

Disiarkan pada: May 23, 2018 @ 3:55am
d