mutakhir

Hanya pemeriksaan biasa - Abdul Azeez

Oleh Yusmizal Dolah Aling

AHLI Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengesahkan tiga serbuan dilakukan di pejabatnya dan juga rumah di Baling, Kedah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Abdul Azeez berkata, serbuan itu dilakukan dipercayai berkaitan isu laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh penyokong sebuah parti politik dan tiada kaitan dengan Tabung Haji (TH).

“€œYa, memang datang ke rumah dan pejabat semalam.

“œTiada sebarang tangkapan dilakukan, hanya pemeriksaan biasa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, serbuan dilakukan secara profesional dan beliau memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

I don’™t think so (saya tidak fikir) mengenai Tabung Haji, ini ada kaitan dengan Parlimen Baling.

“œSebagai seorangAahli Parlimen, saya akan bagi kerjasama sepenuhnya untuk bantu apa juga siasatan dilakukan,” katanya.

Disiarkan pada: May 23, 2018 @ 2:06pm
d