mutakhir

Tunjuk senjata api: Jamal direman tiga hari

Oleh Faris Fuad

KETUA UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos direman tiga hari selepas ditahan polis semalam bagi membantu siasatan berhubung penularan gambar beliau mempamer senjata api dalam laman sosial.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat kepada NSTP, sebentar tadi.

Fadzil berkata, Jamal direman bermula hari ini sehingga Jumaat.

Semalam, Jamal, 47, ditahan di sebuah hospital swasta di Ampang pada 1.15 tengah hari oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Tangkapan itu dibuat susulan satu laporan polis diterima daripada seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kuala Langat pada 12 Mei lalu.

Pengadu mendakwa melihat beberapa keping gambar menunjukkan Jamal menyelitkan senjata api di pinggangnya di tempat awam dipercayai bertujuan menakut-nakutkan orang ramai.

Berita berkaitan

Jamal ditahan tunjuk senjata

Disiarkan pada: May 23, 2018 @ 3:13pm
d