mutakhir

Musa Aman nafi tuduhan ugutan jenayah

Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman, hari ini menafikan semua tuduhan ugutan jenayah terhadap Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin yang dikaitkan dengannya.

Peguam Zahir Shah yang mewakili Musa, dalam kenyataannya, berkata anak guamnya kesal kerana Juhar turut dibawa dalam tindakan undang-undang berkaitan kes itu.

“Tan Sri Musa menambah bahawa pada akhir nanti kebenaran undang-undang perlu ditegakkan dengan peruntukan Perlembagaan Sabah mesti dihormati dan dipatuhi,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din, pagi tadi meminta Musa tampil untuk diambil keterangan berhubung laporan polis yang dibuat Juhar, baru-baru ini.

Ia bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Setakat ini, polis sudah merakamkan percakapan sembilan individu termasuk Juhar, sejurus beliau membuat laporan polis pada 14 Mei lalu.

Berita berkaitan

Polis Sabah minta Musa tampil

Tun Juhar buat laporan polis

Musa saman TYT, Mohd Shafie

Disiarkan pada: May 24, 2018 @ 6:06pm
d