mutakhir

'Kalau Arul nak saman, saya akan tunggu'

Oleh Hidir Reduan; Irwan Shafrizan Ismail; Mahanum Abdul Aziz dan Ooi Tee Ching

MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng bersedia untuk menerima saman daripada Presiden 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda berhubung kenyataannya semalam.

Guan Eng berkata, beliau mempersilakan tindakan lanjut Arul Kanda sekiranya itu yang mahu dilakukan individu terbabit dan bersedia menunggunya.

“Arul sudah membuat banyak janji, kalau dia nak saman, saya akan tunggu, tapi tidak tahulah kalau dia benar-benar ingin lakukannya. Dia bebas melakukannya.

“Tapi perlu diingatkan bahawa hanya dia sahaja kakitangan 1MDB, satu-satunya yang masih tinggal dan 1MDB adalah miliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Arul Kanda menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan mahu mendapatkan nasihat perundangan berikutan kenyataan akhbar dikeluarkan Guan Eng, semalam.

Beliau berkata, adalah tidak adil untuk Guan Eng mengeluarkan kenyataan awam yang dianggap memberi gambaran tidak tepat berkaitan apa yang berlaku.

Katanya, pada pandangannya, tidak adil untuk menteri membuat kenyataan terbuka yang tidak sepenuhnya dan dengan tepat menggambarkan bagaimana soalan ditanya dan dijawab (dalam sesi taklimat 1MDB).

“Keadaan dan konteks jawapan saya tidak dinyatakan sehingga memberikan gambaran salah dan memperlihatkan saya seperti orang jahat” katanya.

Dalam satu sidang media semalam selepas mendengar taklimat 1MDB, Guan Eng menyifatkan Arul sebagai tidak jujur dan tidak boleh dipercayai.

Berita berkaitan:

1MDB: Ada pelaburan 'scam'

1MDB muflis, tak mampu bayar hutang

Arul Kanda jumpa Lim

Disiarkan pada: May 24, 2018 @ 6:31pm
d