mutakhir

PM Jepun ucap tahniah

Oleh Saadiah Ismail

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima ucapan tahniah daripada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menerusi panggilan telefon yang dibuat pada 11.45 pagi.

Menerusi panggilan telefon itu, Abe mengucapkan tahniah kepada Tun mengenai pembentukan kerajaan baharu dan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Disamping itu, kedua-dua Perdana Menteri berkenaan juga bercakap mengenai pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun serta lawatan akan dilakukan oleh Tun ke negara matahari terbit itu bulan depan pada Persidangan Tahunan Nikkei.

Dalam masa yang sama, Tun turut melahirkan penghargaan kepada Jepun dalam membantu pembangunan di negara ini dan berharap kedua-dua negara itu akan terus bekerjasama.

Disiarkan pada: May 24, 2018 @ 6:47pm
d