mutakhir

TPM menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong

Oleh Muhamaad Razis Ismail

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadap bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota di Kota Bharu, hari ini.

Turut mengiringi suaminya yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perjumpaan kira-kira satu jam itu diadakan secara tertutup.

Terdahulu, Presiden PKR itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, jam 9.35 malam.

Ketibaan beliau disambut Pengarah Komunikasi PKR Negeri, Mohd Sukirman Mustafa.

Ia adalah lawatan sulung Dr Wan Azizah ke Kelantan selepas mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Isnin lalu di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Disiarkan pada: May 24, 2018 @ 10:36pm
d