mutakhir

'Saya tak derhaka'

Oleh Muhammad Mustakim Ramli

PENGERUSI Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa dirinya tidak derhaka seperti yang ditafsir semua pihak.

Sebaliknya beliau hanya mewakili Barisan Nasional (BN) memohon Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mempertimbangkan Menteri Besar yang mendapat sokongan majoriti.

“œApa makna derhaka ? Apa makna murka ?Saya tak faham sebab tiada dalam undang-undang.

“€œBagaimana pula dengan rakyat yang marah ?Kita jangan mengindahkan bahasa untuk menakutkan rakyat.. Kenapa menakutkan rakyat dengan perkataan yang kita tidak faham.

“€œSaya tidak derhaka dan saya tidak mengganggu orang tetapi saya bagi pihak BN memohon Tuanku mempertimbangkan Menteri Besar yang mendapat sokongan majoriti,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook miliknya, petang tadi.

Beliau berjanji kepada rakyat Perlis untuk memperjuangkan hak demokrasi iaitu parti yang memenangi pilihan raya mestilah boleh memerintah.

“€œDoakan saya supaya sembuh kembali untuk memperjuangkan hak amanah orang Perlis supaya masalah seperti ini tidak berulang.

“€œHaruslah diingat masa depan Perlis dan rakyat Malaysia adalah bergantung kepada apa yang diperjuangkan sekarang.

“€œTidak bermakna pilihan raya jika parti yang menang tidak dapat mencadangkan Menteri Besar mereka.. saya memohon maaf kepada semua pihak, selamat berpuasa,”€ katanya.

Disiarkan pada: May 25, 2018 @ 9:07pm
d