mutakhir

LHDN segera siasat Jho Low!

Oleh HM Digital

KERAJAAN sudah mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat hartawan kontroversi Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan anggota keluarganya.

“Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diminta siasat Jho Low dan keluarganya berkaitan dengan sebarang pulangan atau penerimaan dalam skandal 1MDB,” kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi Twitter.

Setakat ini, tidak diketahui di mana ahli perniagaan itu berada.

Bagaimanapun, pada 14 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan ‘secara kasarnya’ berjaya mengesan lokasi ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho yang dikaitkan dengan isu 1MDB.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, "leave it to us (biar kami yang menanganinya).

"Saya sendiri tidak menahan orang, ada agensi yang bertugas menangkap orang,” kata Mahathir.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan rapat dengan Jho Low berulang kali menafikan sebarang salah laku.

Kerajaan sedang melancarkan siasatan berkenaan skandal 1MDB.

Najib yang memimpin BN ke kancah kekalahan selepas 61 tahun berkuasa, sudah dua kali disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib juga dilarang keluar negara.

Disiarkan pada: May 25, 2018 @ 10:22pm
d