mutakhir

Tiga hari terperangkap di tebing

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyelamatkan kucing yang terperangkap tiga hari di tebing sungai di Selayang Pandang, Kuala Lumpur, semalam.

Jurucakap APM berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2 petang daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

"Sebuah jentera dengan kekuatan empat anggota ke lokasi dan anggota mengambil masa 10 minit untuk menyelamatkan haiwan itu.

"Kucing berkenaan sudah tiga hari terperangkap di tebing sungai berkenaan.

"Kucing berkenaan tidak agresif dan anggota mudah menangkapnya meskipun berpaut di dahan pokok kecil.

"Kucing itu berjaya dibawa naik dan diserahkan semula kepada pemiliknya yang turut berada di lokasi," katanya.

Disiarkan pada: May 27, 2018 @ 4:14pm
d