mutakhir

Gegaran lemah landa Lahad Datu

Oleh Ainul Durmahyanty Durming

GEMPA bumi lemah berukuran 3.8 skala Richter melanda daerah Lahad Datu pada 3.53 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dalam kenyataannya berkata, kejadian berlaku lapan kilometer Barat Laut Kunak dan pada kedalaman 10 kilometer.

Katanya, tiada risiko tsunami dilaporkan akan berlaku.

Sementara itu, gegaran turut dirasai oleh penduduk di sekitar daerah berkenaan.

Seorang penduduk di Taman Aman 3, Rahmah Abd Majid, 50, berkata dia sedang duduk semasa gempa bumi berlaku.

“Tiba-tiba saya berasa seperti bergegar. Saya ingatkan kerusi saya dilanggar,” katanya.

Difahamkan, gegaran turut dirasai di kawasan Kunak dan Semporna.

Disiarkan pada: May 27, 2018 @ 5:11pm
d