mutakhir

Jawatankuasa Pembaharuan Institusi nilai semua syor

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman; Mahanum Abdul Aziz dan Zarina Zakaria

JAWATANKUASA Pembaharuan Institusi akan menilai semua pandangan yang diterima daripada pihak awam mengenai perkara berbangkit yang memerlukan pembaharuan.

Ahli Jawatankuasa Pembaharuan Institusi, Datuk S Ambiga berkata, pihaknya menerima banyak pandangan daripada orang awam yang mahu pembaharuan dilaksanakan pada institusi berkaitan.

“Pandangan diterima daripada orang awam amat menggalakkan. Mereka sangat berminat memberi pandangan mengenai masalah yang berbangkit.

“Kami berharap dapat menangani kebimbangan yang disuarakan orang awam ini,” katanya kepada media ketika ditemui Menara Ilham di Kuala Lumpur, hari ini.

Ambiga turut berkata, segala syor dan pandangan terbabit akan dibincang dan diperhalusi dalam tempoh beberapa minggu ini untuk diserahkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan sebelum dibentang kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Disiarkan pada: May 28, 2018 @ 3:50pm
d