mutakhir

Pembinaan PNB 118 diteruskan

Oleh Sofyan Rizal Ishak

PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) menolak andaian bahawa pembinaan Menara PNB 118 akan ditangguhkan berikutan berlaku pertukaran kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), baru-baru ini.

Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, pihaknya kekal komited dalam melaksanakan pembinaan menara itu yang kini berjalan lancar dengan 18 tingkat sudah dibina pada ketika ini.

“Dalam masa sama, kami juga tetap akan meneruskan inisiatif Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) yang diwujudkan khusus untuk bayi yang lahir pada 2018,” katanya pada majlis berbuka puasa PNB bersama media di Kuala Lumpur, malam ini.

Menara PNB 118 dimiliki oleh PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, iaitu anak syarikat milik penuh PNB di mana mercu tanda ikonik itu terletak dalam pembangunan Warisan Merdeka, Kuala Lumpur dan bakal menjadi bangunan kelima tertinggi di dunia apabila siap sepenuhnya pada 2020.

ADAM50 pula adalah satu insentif khas pemberian unit amanah percuma bernilai RM200 yang diumumkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 pada Oktober tahun lalu.

Disiarkan pada: May 31, 2018 @ 11:18pm
d