mutakhir

Tahan polis disogok PATI

Oleh Faris Fuad

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, berhubung kes rasuah berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Sumber SPRM berkata, anggota polis terbabit ditahan di sebuah restoran di Selayang, jam 11.50 malam Khamis lalu.

Anggota polis berkenaan dikaitkan dengan satu laporan polis berhubung siasatannya mengikut

Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Wang tunai berjumlah RM4,500 dirampas ketika tangkapan dibuat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Ruslan Che Amad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, anggota itu direman bermula hari ini hingga Isnin depan.

Disiarkan pada: June 2, 2018 @ 2:39pm
d