mutakhir

APM selamat tiga kerbau jatuh lubang

Oleh Recqueal Raimi

Tuaran: Tindakan pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyelamatkan tiga kerbau yang terjatuh ke dalam lubang sedalam tiga meter di Kampung Rombituon, Topokon, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, tiga kerbau tersesat itu dipercayai terjatuh selepas berlaku mendapan tanah di tepi jalan raya berkenaan.

Seorang saksi dikenali sebagai Jack, 26, berkata dia mendengar bunyi dengusan ketika ketika menunggang motosikal dari kampung terbabit menuju pekan Topokon.

“Pada awalnya, saya sangka ia hanya seekor kerbau, namun sebaik meninjau, saya terkejut kerana ada tiga ekor kerbau berusaha naik daripada ditenggelamkan lumpur.

“Kesemua kerbau itu tidak mengalami luka namun seekor daripadanya yang bersaiz paling kecil kelihatan lemah dan tidak berdaya untuk berdiri,” katanya kepada Harian Metro.

Jack berkata, dia kemudian menghubungi pihak APM mendapatkan bantuan.

Sementara itu, pegawai APM Unit Tuaran, Paulina Francis berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi sejurus menerima aduan.

Disiarkan pada: June 3, 2018 @ 7:03am
d