mutakhir

Rais Yatim masuk PPBM

Oleh Azura Abas

VETERAN UMNO, Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini secara sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Beliau menerima kad keahlian daripada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Iftar PPBM di Putrajaya, hari ini.

Turut menghadiri majlis berkenaan, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sebelum ini, Rais sering mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan terdahulu.

Malah, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Rais turut menghadiri kempen yang dijalankan oleh pembangkang.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata, UMNO tidak mengambil tindakan terhadap beliau kerana menyifatkan ia belum melampaui batas.

Disiarkan pada: June 4, 2018 @ 8:33pm
d