mutakhir

Kerajaan bagi tempoh tiga bulan

Oleh Zanariah Abd Mutalib

PEMILIK rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) diberi masa tiga bulan bermula hari ini untuk mengosongkan rumah PPR mereka daripada disewa warga asing.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, jika gagal, pemilik rumah berkenaan akan dikenakan tindakan termasuk boleh dilucutkan hak pemilikan rumah.

"Tindakan ini akan bermula dengan rumah PPR di bawah kementerian di seluruh negara dan kemudian diikuti sektor lain.

"Pegawai kita akan mengeluarkan pekeliling mengenainya," katanya pada sidang media, di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, Zuraida berkata, kementeriannya bercadang untuk membangunkan semula kawasan perumahan Highland Towers di ibu negara, yang sudah kira-kira 30 tahun terbiar selepas tragedi tanah runtuh.

"Rumah berkenaan kini menjadi sarang dadah dan pencuri, dan ia merisaukan penduduk di kawasan itu.

"Saya akan selaraskan agensi supaya kita dapat menyelesaikan isu ini dan membina semula kawasan berkenaan," katanya.

Disiarkan pada: June 5, 2018 @ 11:59am
d