mutakhir

SRC International: Dua individu dicari

Oleh BERNAMA

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan dua individu yang dipercayai melarikan diri ke luar negara bagi membantu siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

SPRM dalam kenyataan berkata, individu berkenaan dikenali sebagai Mohamed Redzuan Adamshah, 43, bernombor kad pengenalan 750204-07-5323 dengan alamat terakhir di No 1E, Cresent Court Apartment, Tingkat 1, Lengkok Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur.

Seorang lagi individu dikenali sebagai Toh Lean Seng, 45, dengan nombor kad pengenalan 730904-07-5131 dengan alamat terakhir di 15-1, 231 TR Service Apartment 231, Jalan Tun Razak, 50490, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, SPRM meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Rosli Husain di talian 03-8870 0529 atau 010-3187757 atau e-mel kepada roslihusain@sprm.gov.my.

Berita berkaitan

[UPDATE] Rosmah selesai beri keterangan

[UPDATE] Sudah tiga jam beri keterangan

Rosmah hadir di ibu pejabat SPRM [METROTV]

1MDB: Rosmah perlu hadir ke SPRM esok

Disiarkan pada: June 6, 2018 @ 1:01pm
d