mutakhir

Kejar 200 meter sebelum tetak

Oleh Hasbi Sidek

LELAKI maut dipercayai diserang dan ditetak sekumpulan lelaki di Jalan PJS 2B/3, Taman Medan, Petaling Jaya, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12 tengah malam itu, mangsa dikatakan diserang lima lelaki dan parah pada anggota badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Saksi yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan melepak bersama lima lelaki berkenaan di kedai mencuci kereta.

“Saya difahamkan mereka lepak bersama sebelum berlaku pertengkaran.

“Mangsa dikejar kira-kira 200 meter sebelum ditetak di lokasi lalu tumbang,” katanya.

Sumber polis memaklumkan pasukan perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Pihak polis sudah menutup lokasi kejadian daripada didekati orang awam.

Sehingga 2 pagi, mayat mangsa masih berada di lokasi sementara menunggu siasatan oleh pasukan forensik polis.

Disiarkan pada: June 7, 2018 @ 2:00am
d