mutakhir

Cadang had kuasa KM dua penggal [METROTV]

Oleh Mohamed Basyir

Georgetown: Penasihat Undang-Undang kerajaan negeri sudah mengemukakan kertas cadangan berhubung pelaksanaan usul untuk mengehadkan tempoh perjawatan Ketua Menteri kepada dua penggal.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Penasihat Undang-Undang kerajaan negeri mencadangkan untuk menambah sub klausa dalam Perlembagaan Pulau Pinang bagi pelaksanaan usul berkenaan, seperti dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Penasihat Undang-Undang kerajaan negeri mencadangkan sub klausa berkenaan dimuatkan dalam Perkara 7 klausa (2A), iaitu tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh dilantik sebagai Ketua Menteri lebih daripada dua kali.

“Ia agak berbeza dengan apa yang dijanjikan sebelum ini kerana ada perbahasan mengenai definisi dua penggal. Dua penggal boleh difahamkan sebagai dua pilihan raya yang mana ia boleh dijalankan dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun,” katanya.

Disiarkan pada: June 7, 2018 @ 10:04am
d