mutakhir

Jamal cabut ikut laluan tikus - KPN

Oleh Fazrik Kamarudin

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) percaya Datuk Seri Jamal Md Yunos menggunakan laluan tikus untuk melarikan diri ke negara jiran.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sudah mendapatkan kerjasama daripada pihak berkuasa Indonesia untuk membantu mengesan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu.

“Daripada risikan kita, kita percaya dia kini berada di Indonesia, dan kami kini sedang giat mengesan lokasi sebenar Jamal.

“Kita percaya dia menggunakan laluan tikus untuk keluar dari negara ini selepas pihak Imigresen tidak mempunyai rekod menunjukkan dia keluar dari negara ini,” katanya dalam sidang media selepas hadir melancarkan Op Selamat 13 sempena perayaan Aidilfitri 2018 di Kuala Lumpur, hari ini.

Kelmarin, Jamal yang juga Pengerusi Persatuan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia menyebarkan video mengandungi rakaman suaranya mendakwa dia masih berada di dalam negara.

Menerusi video itu, dia menyatakan kerajaan tidak perlu memburunya secara besar-besaran termasuk bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (INTERPOL).

Ini kerana ‘kononnya’ kesalahan yang dilakukan itu amat kecil dan bukan jenayah yang boleh mengancam keselamatan orang ramai.

Selain itu, empat video memaparkan Jamal berlatar belakangkan ladang sawit dimuat naik melalui sebuah kumpulan aplikasi WhatsApp oleh seorang ahlinya.

Pada video pertama bertajuk ‘Polis Malaysia Terbaik Tetapi Ada Tangan Ghaib Yang Tidak Adil Kepada Saya’ berdurasi 41 saat, Jamal mengulangi tuduhan bahawa tindakan polis terhadapnya dipercayai dilakukan atas arahan pihak tertentu.

Dalam video kedua berdurasi 44 saat pula, Jamal mendakwa gambarnya bersama pistol di pinggang itu adalah gambar palsu yang disunting.

Menerusi video ketiga pula, Jamal menyatakan dia tidak melarikan diri, dan akan tampil memberi kerjasama dengan pihak polis, namun tidak dinyatakan bila.

Menerusi video terakhir, Jamal menjelaskan tindakan yang dikenakan terhadap dua anggota polis yang dikatakan cuai sebagai tidak adil dan mendakwa dua anggota terbabit tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa.

Berita berkaitan

'Jamal, tampil saja kepada polis...'

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/06/346439/saya-masih-di-malaysia-jamal

PDRM mohon Indonesia kesan Jamal

Peguam yakin Jamal tak lari ke Indonesia

'Saya dulu selamba je keluar masuk lokap'

Waran tangkap untuk Jamal

Bukan balas dendam kepada Jamal

Ada sang pendendam 'memburu' saya - Jamal Yunos [METROTV]

Jamal 'kelentong' media?

Jamal jumpa polis esok

Jamal 'lesap' dari hospital...k

[UPDATE]

Disiarkan pada: June 7, 2018 @ 11:47am
d