mutakhir

1,256 'hot spot' di Perak [METROTV]

Oleh Shamsul Kamal Amarudin

Ipoh: Sebanyak 1,256 lokasi atau hot spot World#Quranhour diadakan di Perak, bilangan lokasi tertinggi bagi pelaksanaan program berkenaan di negara ini.

Ia membabitkan lokasi di masjid, surau, sekolah, pejabat kerajaan dan swasta, perpustakaan, balai bomba dan polis di seluruh negeri yang mana peserta di setiap lokasi mengaji al-Quran secara serentak bermula jam 11 pagi semalam.

Program peringkat negeri pula diadakan di Masjid Negeri atau Masjid Sultan Idris Shah II di sini, dan dihadiri kira-kira 1,200 peserta.

Disiarkan pada: June 8, 2018 @ 9:50am
d