mutakhir

Satu lagi waran tangkap Jamal [METROTV]

Oleh Rafidah Mat Ruzki

MAHKAMAH Majistret Shah Alam hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas gagal hadir pada prosiding sebutan semula kes terhadapnya.

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin berbuat demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Amira Haziqah Zulkifli.

Beliau juga menetapkan 11 Julai ini untuk sebutan semula kes membabitkan waran tangkap yang dikeluarkan itu.

Pada 25 Mei lalu, Jamal yang ketika itu dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan, melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan pintu pagar keluar pos 1, Bangunan SUK Shah Alam, jam 10.15 pagi, 5 Oktober 2017.

Sabit kesalahan, Jamal boleh boleh dihukum denda maksimum RM400.

Kehilangan Jamal hanya disedari apabila Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam datang semula ke hospital itu pada jam 5.30 petang hari sama untuk menyempurnakan urusan jaminan.

Terdahulu, Peguam Datuk Imran Tamrin yang mewakili Mohd Jamal memaklumkan kepada mahkamah pihaknya sudah cuba mencari anak guamnya itu namun masih gagal dihubungi.

Katanya, Jamal mengetahui hari ini adalah tarikh sebutan semua kes terhadapnya.

“Tertuduh sedia maklum hari ini untuk sebutan kes namun kami tidak mendapat apa-apa arahan daripadanya.

“Kami memohon untuk mahkamah menetapkan satu lagi tarikh sebutan sebelum mahkamah memutuskan untuk keluarkan waran tangkap,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Imran berkata, sebutan hari ini sepatutnya untuk dokumen membabitkan kes berkenaan diserahkan pihak pendakwaan.

Katanya, pihaknya juga memohon supaya perintah jaminan diteruskan namun ia perlu disempurnakan segera iaitu sebelum tarikh 11 Julai ini atau waran tangkap dikeluarkan.

“Ketika ini, saya dimaklumkan polis ada waran tangkap lain. Yang pertama membabitkan urusan ikat jamin yang belum disempurnakan di Mahkamah Ampang Jaya.

“Seterusnya waran tangkap baharu seperti diumumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat Jumaat lalu kerana melarikan diri dari tahanan,” katanya.

Berita berkaitan

Jamal cabut ikut laluan tikus - KPN

'Jamal, tampil saja kepada polis...'

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/06/346439/saya-masih-di-malaysia-jamal

PDRM mohon Indonesia kesan Jamal

Peguam yakin Jamal tak lari ke Indonesia

'Saya dulu selamba je keluar masuk lokap'

Waran tangkap untuk Jamal

Bukan balas dendam kepada Jamal

Ada sang pendendam 'memburu' saya - Jamal Yunos [METROTV]

Jamal 'kelentong' media?

Jamal jumpa polis esok

Jamal 'lesap' dari hospital...k

[UPDATE]

Disiarkan pada: June 8, 2018 @ 3:45pm
d