mutakhir

THM lepasi RM50 juta

Oleh HM Digital

TABUNG Harapan Malaysia (THM) sudah mengumpul RM52,216,682.08 setakat 3 petang hari ini, sejak dilancarkan pada 30 Mei lalu.

Jumlah sumbangan dimaklumkan Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan.

Pada 30 Mei lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan THM bagi membolehkan rakyat Malaysia menyumbang untuk membantu menangani masalah hutang negara yang kini berjumlah lebih RM1 trilion.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 566010626452.

Derma dan sumbangan yang boleh dihulurkan adalah dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja.

Disiarkan pada: June 8, 2018 @ 5:02pm
d