mutakhir

Berjiwa besar

Oleh Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Demi negara, seorang kanak-kanak perempuan yang berjiwa besar nekad menjual pelbagai alat tulis untuk mengumpul dana bagi disumbangkan ke Tabung Harapan Malaysia (THM).

Tindakan R Sasvitha, 9, bukan hanya mengejutkan ibunya, A Vasanthi, 48, malah guru sekolahnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil (SJKT) Port Dickson di sini.

Usaha murid tahun tiga itu berhasil apabila jualannya mengutip RM320 dan ia didermakan sepenuhnya ke THM, kelmarin.

Guru besar, K Mageswary, 49, berkata, Sasvitha meminta wang daripada ibunya untuk dijadikan modal bagi membeli alat tulis dan peralatan itu kemudian dijual dalam kalangan rakannya selain saudara.

“Pada mulanya kami tidak tahu tujuan sebenar dia berbuat demikian, tetapi selepas semua alat tulisnya habis terjual, dia memberitahu mahu dermakan wang jualan itu kepada Tabung Harapan.

“Saya sangka dia bergurau dan menghubungi ibunya untuk kepastian. Atas kebenaran ibunya, kami kemudian membawa Sasvitha ke bank di bandar ini untuk menunaikan hajatnya itu.

“Seisi warga sekolah ini berbangga dengan apa yang dilakukannya dan Sasvitha wajar dicontohi semua,” katanya, semalam.

Sementara itu, Vasanthi berkata, dia tidak menolak kemungkinan tindakannya menderma ke tabung berkenaan mendorong minat anaknya untuk melakukan perkara serupa.

Disiarkan pada: June 10, 2018 @ 7:12am
d