mutakhir

Ku Li solat istikharah dulu...

Oleh Manirajan Ramsamy dan Rizanizam Abdul Hamid

VETERAN UMNO Tengku Razaleigh Tengku Hamzah mengakui akan melakukan solat istikharah untuk memohon petunjuk Allah SWT sama ada patut bertanding jawatan Presiden UMNO menjelang Pemilihan Agung parti itu, 30 Jun ini atau sebaliknya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, faktor usia adalah perkara menjadi pertimbangannya walaupun memahami desakan ahli akar umbi yang mahukan beliau bertanding jawatan nombor satu parti itu.

“Saya dah terima pandangan daripada keluarga saya dan soalnya, terdaya atau tidak saya hendak pergi 190 kawasan (UMNO) dari semasa ke semasa?

“Sebab itu saya utamakan orang muda...tapi walau bagaimanapun saya akan beristikharah tengok apakah panduan diberi.

“Kalaulah ada kecenderungan akan saya akan patuhi,” katanya menjawab pertanyaan hadirin selepas berucap pada program ‘Dilema Melayu Pasca PRU-14 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam tadi.

Disiarkan pada: June 12, 2018 @ 12:14am
d