mutakhir

Rai 65 pesakit beraya di HTAR [METROTV]

Oleh Iskandar Shah Mohamed

Klang: Keceriaan terpancar pada wajah seramai 65 pesakit kanak-kanak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, apabila diraikan Biro Sukan, Kebudayaan dan Kesenian Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) semalam.

Program kebajikan anjuran bersama PAN Klang itu turut mengedar oleh-oleh dan duit raya sempena Aidilfitri di Wad 6B berkenaan.

Semua kanak-kanak berusia bawah 12 tahun itu dijangka beraya di katil hospital berikutan masih dirawat kerana pelbagai penyakit.

Penasihat biro itu Datuk Seri Khairul Khuzaini Zamsani berkata, pihaknya amat prihatin dengan nasib pesakit terutama kanak-kanak yang tidak berpeluang meraikan lebaran kali ini.

“Bagi meringankan beban keluarga dan menceriakan lagi mereka, kita hadir menziarah sekali gus menyerahkan sumbangan kuih dan wang tunai,” katanya.

Disiarkan pada: June 13, 2018 @ 10:58am
d