mutakhir

Tak mengaku cabul budak

Oleh Muhamaad Razis Ismail

PENGANGGUR dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, atas pertuduhan mencabul kanak-kanak perempuan, tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 18 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mencabul mangsa berusia 13 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Binjai di Kota Bharu antara 7 pagi hingga 8.30 pagi, 5 Ogos 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta 792 Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 3 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Disiarkan pada: June 13, 2018 @ 1:59pm
d