mutakhir

Rumah rosak dipukul ribut

Oleh Zul Ikhwan Muhammad

Mersing: Dugaan berat menimpa empat keluarga yang tinggal di Kampung Bukit Tekedai, Endau menjelang Aidilfitri apabila rumah mereka rosak teruk akibat dipukul ribut petang kelmarin.

Kejadian jam 2.30 petang itu berlaku ketika kebanyakan penghuninya berehat serta menyiapkan keperluan berbuka puasa.

Penghuni kediaman, Yaaini Muhammad, 63, berkata, kejadian berlaku dalam tempoh singkat apabila hujan lebat diikuti angin kencang selama 10 minit menerbangkan atap dapur dan bilik rumahnya tanpa sempat berbuat apa-apa.

Disiarkan pada: June 14, 2018 @ 11:08am
d