mutakhir

Malaysia, Jepun jalin kerjasama [METROTV]

Oleh HM Digital

MALAYSIA dan Jepun berminat untuk meluaskan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk pengurusan bencana dan dasar perlindungan sosial, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri (TPM) berkata, Jepun mempunyai banyak pengalaman dalam mengurus bencana dan ia adalah antara bidang yang boleh dimanfaatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Ini termasuk latihan dan perkongsian ilmu dalam beberapa perkara seperti teknologi amaran awal, membantu meramal, membuat persiapan berkaitan bencana serta perancangan awal cara menangani bencana besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Duta Besar Jepun di Malaysia, Dr Makio Miyagawa, yang melakukan kunjungan rasmi di pejabat TPM di Putrajaya.

Dr Wan Azizah berkata, beliau dimaklumkan bahawa Jepun kini memiliki satu sistem tindak balas menyeluruh bagi menghadapi kejadian gempa bumi dahsyat.

“Selain itu, (kita memerlukan) kepakaran bagi mengurangkan risiko bencana sejak peringkat awal lagi dan menganjurkan latihan berskala besar untuk meningkatkan kesiap siagaan kita dalam bertindak balas terhadap bencana,” katanya.

Disiarkan pada: June 18, 2018 @ 2:29pm
d