mutakhir

Tabung Harapan kumpul RM88.3 juta

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

LEBIH RM88.3 juta dikumpul melalui Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) sehingga 3 petang, hari ini.

Jumlah sumbangan sebanyak RM88,365,035.07 dimaklumkan Kementerian Kewangan menerusi laman Facebook rasmi kementerian itu.

Penubuhan Tabung Harapan diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.

Penubuhannya membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat itu secara sistematik dan telus.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452 dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, derma yang disalurkan kepada Tabung Harapan akan hanya digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

Disiarkan pada: June 19, 2018 @ 4:20pm
d