mutakhir

'Tangguh dulu ke Kansai'

Oleh Fahmy Azril Rosli

MALAYSIA Airlines memaklumkan pelanggan yang sudah membuat tempahan antara Kuala Lumpur dan Kansai boleh menangguhkan perjalanan mereka berikutan gempa bumi kuat yang melanda Jepun awal pagi semalam.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web Malaysia Airlines, penumpang yang berlepas dari 19 hingga 30 Jun 2018 dapat menangguhkan perjalanan mereka sebelum 15 Julai 2018.

Namun penangguhan itu tertakluk kepada ketersediaan penerbangan.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi pusat panggilan Malaysia Airlines di talian 1-300-88-3000 atau 03-7843 3000 (di luar Malaysia).

Susulan gempa bumi kuat itu, Malaysia Airlines akan memantau situasi dari semasa ke semasa dan akan dibimbing oleh pihak berkuasa berkuasa berhubung keselamatan ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.

Menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi berukuran magnitud 5.3 itu berlaku pada kedalaman 15.4 kilometer pada jam 7.58 pagi semalam, berhampiran Osaka, Jepun.

Agensi meteorologi Jepun memaklumkan, tiada risiko tsunami dicatatkan setakat ini.

Disiarkan pada: June 19, 2018 @ 6:41pm
d