mutakhir

Kereta api rempuh kereta

Oleh Norasikin Daineh dan Suzianah Jiffar

KERETA Proton Saga remuk selepas dirempuh kereta api dalam kemalangan di Kampung Takis, Papar, tengah hari ini.

Bagaimanapun, kemalangan pada 12 tengah hari itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.

“Ia satu kemalangan biasa,” kata Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman ketika dihubungi untuk mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan maklumat lebih lanjut mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Pengarah Besar Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS), Melvin V Majanga ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kami menerima maklumat kejadian itu berlaku pada 12.10 tengah hari tadi. Ketika kejadian, kereta api itu dari arah Beaufort ke Kota Kinabalu.

“Kami akan mendapat maklumat secara terperinci mengenai kejadian itu esok, bagaimanapun tempat kejadian itu memang ada laluan untuk kereta.

“Pihak jabatan sudah membuat laporan polis mengenai kejadian ini dan kereta terbabit rosak dalam kejadian berkenaan,” katanya.

Disiarkan pada: June 19, 2018 @ 10:34pm
d