mutakhir

Ku Li cabar Zahid, KJ berdebat

Oleh Siti Nur Mas Erah Amran

TENGKU Razaleigh Hamzah ‘mencabar’ dua pesaingnya dalam merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti hujung bulan ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin untuk berdebat.

“€œKalau saya berani membuat penjelasan (terhadap isu), (calon) lain patut ikut serta dan sanggup buat penjelasan sama,” katanya menerusi temubual bersama Astro Awani di Kuala Lumpur, malam tadi.

Selain Tengku Razaleigh, Ahmad Zahid dan Khairy, empat lagi calon yang akan bertanding bagi mengisi jawatan nombor satu dalam UMNO ialah penulis blog, Rahmat Azim Abdul Aziz, Rosile Saat (UMNO Bangi), Mohamed Iqbal Maricair (UMNO Bandar Tun Razak) dan Mohd Yusof Musa @ Jamaluddin (UMNO Iskandar Puteri).

Senarai akhir calon yang layak akan diumum hari ini.

Bulan lalu, bekas Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO, kini menjalankan tugas Presiden UMNO.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO, pula membuat kejutan saat akhir apabila mengumumkan mahu bertanding beberapa jam sebelum pencalonan ditutup.

Ahli Parlimen Rembau itu sebelum ini menyatakan hanya mahu bertanding jawatan naib presiden.

Disiarkan pada: June 20, 2018 @ 1:15am
d