mutakhir

Hampir RM90j kutipan Tabung Harapan

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

LEBIH RM89.1 juta berjaya dikumpulkan melalui Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) sehingga 3 petang, hari ini.

Jumlah sumbangan sebanyak RM89,127,407.24 dimaklumkan Kementerian Kewangan di Facebook rasmi kementerian itu, hari ini.

Penubuhan Tabung Harapan diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.

Penubuhannya juga membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat itu secara sistematik dan telus.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452 dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sumbangan derma yang disalurkan kepada Tabung Harapan akan hanya digunakan untuk membayar hutang negara.

Disiarkan pada: June 20, 2018 @ 3:54pm
d