mutakhir

Disyaki cabul wanita asing

Oleh BERNAMA

POLIS menahan dua lelaki disyaki mencabul dua pelancong wanita asing ketika aktiviti renang di Pulau Sapi, Kota Kinabalu, Ahad lalu.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, susulan laporan yang dibuat pada petang hari itu, suspek ditahan di kawasan Jesselton Point pada 10.50 pagi keesokannya.

“Mangsa berusia 27 tahun dan adiknya yang berumur 25 tahun mengunjungi Pulau Sapi untuk aktiviti renang dan snorkel dan mendakwa dicabul suspek, yang juga pemandu bot pelancong, dan rakannya ketika mereka 'belajar berenang’,” katanya dalam kenyataan di Kot Kinabalu, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek berumur 23 dan 25 tahun itu ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Chandra berkata, setakat bulan ini, pihaknya menerima dua laporan berkaitan kes cabul pelancong asing yang melibatkan pemandu bot pelancong.

Disiarkan pada: June 22, 2018 @ 9:28pm
d