mutakhir

Maut kereta masuk gaung

Oleh Rosli Ilham

LELAKI lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh tiang elektrik dan terhumban ke dalam gaung di Kilometer 12, Jalan Pasir Raja, dekat Kampung Kuala Jengai, Dungun, petang hari ini.

Dalam kemalangan 3.30 petang itu, Tengku Mohd Rosli Tengku Jaafar, 43, yang parah di bahagian kepala dan anggota badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira dipandu mangsa terbabas sebelum melanggar tiang elektrik lalu terbalik dan terhumban ke dalam gaung sedalam lima meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Jaswari Awang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian pada 3.35 petang.

Menurutnya, sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kereta mangsa terhumban di dalam gaung.

“Pemandu kereta terbabit tersepit di tempat duduk sebelah penumpang dan kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa.

“Jenazah mangsa kemudiannya diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Disiarkan pada: June 22, 2018 @ 9:29pm
d