mutakhir

Tabung Harapan dah lebih RM100 juta

Oleh Siti A'isyah Sukaimi

SUMBANGAN dikumpulkan menerusi Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) melebihi RM108,000,000 sejak 3 petang, hari ini.

Jumlah RM108,215,946.39 dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan melalui laman Facebook rasminya.

Penubuhan Tabung Harapan diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.

Selain itu, penubuhan tabung berkenaan membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat dengan cara lebih sistematik dan telus.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452 dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini berkata, sumbangan derma yang disalurkan kepada tabung itu akan hanya digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

Disiarkan pada: June 25, 2018 @ 6:16pm
d