mutakhir

'Aiman tidak dilindungi PERKESO'

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

PEMANDU Grab, Aiman Nosri, 27 yang ditemui mati dengan kesan melecet pada leher di kawasan parkir di Taman Selayang Baru, Gombak, Sabtu lalu, tidak dilindungi skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata, semakan PERKESO mendapati Grab Malaysia tidak mendaftarkan mangsa sebagai pencarum PERKESO.

"Saya simpati dengan keluarga mangsa, kerana kejadian ini amat mendukacitakan... mangsa tidak mendapat sebarang faedah di bawah skim PERKESO walaupun meninggal dunia sewaktu bekerja kerana tidak berdaftar,”€ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Malaysia Commuting Accident dan Road Safety Seminar di Putrajaya, hari ini.

Hadir sama Pengerusi PERKESO, Tan Sri Aseh Che Mat dan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Berita berkaitan:

Dua ditahan bantu siasatan kes Aiman

[UPDATE] Warga asing penumpang terakhir Aiman

‘Aiman ibarat nyawa ibu’ [METROTV]

[UPDATE] Kenapa dia diperlakukan begitu...?

Pemandu Grab maut dibunuh

Disiarkan pada: June 26, 2018 @ 1:44pm
d