mutakhir

Pegawai didakwa

Oleh Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Seorang pegawai Pejabat Agama Islam di negeri ini didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, semalam terhadap tuduhan meliwat seorang lelaki, tahun lalu.

Mohd Firdaus Rokman, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap Mohd Khairurredzuan Ibrahim, 33, pada jam 7.30 pagi, 9 pagi, 12 tengah hari dan 5 petang pada 10 Ogos 2017.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di Taman Seri Selendang, Batu Berendam, di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadiah Saaban mencadangkan jaminan tidak ditawarkan kepada tertuduh kerana dibimbangi boleh mengganggu mangsa.

Peguam tertuduh, Mohd Nazri Abdul Hamid bagaimanapun memohon satu jaminan rendah diberikan kepada anak guamnya berikutan Mohd Firdaus memberikan kerjasama sepanjang siasatan dijalankan selain hanya bekerja sebagai penolong pegawai dengan pendapatan RM1,500 sebulan.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Norma kemudiannya menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan ia akan terbatal jika tertuduh didapati mengganggu mangsa.

Mohd Firdaus juga diarah melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Norma turut menetapkan 27 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

dan serahan dokumen.

Disiarkan pada: June 27, 2018 @ 3:45am
d