mutakhir

1,000 tawaran khas untuk pelajar Cina

Oleh Zanariah Abd Mutalib

KEMENTERIAN Pendidikan, hari ini, mengumumkan tambahan 1,000 tawaran khas

untuk pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan Bumiputera berbangsa Cina ke Kolej Matrikulasi kementerian bagi sesi 2018/2019.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, tawaran khusus untuk pelajar daripada golongan B40 (rakyat berpendapatan rendah) itu diputuskan pada mesyuarat Kabinet 30 Mei lalu.

Maszlee berkata, tawaran itu bagaimanapun tidak menjejaskan kuota untuk Bumiputera di kolej berkenaan.

"Kuota berkenaan sudah pun hampir dipenuhi dengan lebih 800 pelajar sudah diambil.

"Pakatan Harapan akan cuba membantu pelajar yang layak berdasarkan kecemerlangan dan tahap sosio ekonomi mereka sedaya yang mungkin sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Maszlee berkata, bagi sesi ini, sebanyak 84,891 permohonan ke Kolej Matrikulasi diterima kementerian termasuk 20,040 permohonan daripada bukan Bumiputera dan daripada jumlah itu, seramai 4,068 pelajar bukan Bumiputera diterima masuk.

Disiarkan pada: June 28, 2018 @ 2:38pm
d