mutakhir

Ahmad Zahid tinggalkan pesaing

Oleh Fahmy Azril Rosli

PEMANGKU Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kembali mendahului apabila meraih sebanyak 51 undi setakat jam 7.54 malam.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin jatuh di kedudukan kedua dengan memperoleh 44 undi, diekori veteran UMNO yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Dua lagi pencabar kerusi berkenaan yang dilabel calon ikan bilis iaitu ahli UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Mohamed Iqbal Maricair dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri Mohd Yusof Musa@Jamaluddin, masing-masing belum memperoleh sebarang undi.

Sehingga jam 7.20 malam, pemilihan jawatan Naib Presiden menyaksikan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin memperoleh 13 undi.

Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masing-masing memperoleh 10 undi.

Datuk Seri Mahdzir Khalid pula mendapat enam undi dan Datuk Seri Ahmad Said hanya memperolehi satu undi.

Bagi calon ikan bilis yang bertanding jawatan berkenaan iaitu Sheikh Razali Sheikh Hamad masih gagal meraih sebarang undi buat masa ini.

Sementara itu, pemilihan bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan buat masa ini memperolehi 21 undi, manakala Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dengan 14 undi.

Disiarkan pada: June 30, 2018 @ 8:26pm
d