mutakhir

'Tahniahlah Zahid' - Mahathir

Oleh Hifzuddin Ikhsan; Petah Wazzan Iskandar dan Hamzah Osman

TUN Dr Mahathir Mohamad mengucap tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana terpilih menjadi Presiden UMNO Baharu bagi penggal 2018/2021.

Perdana Menteri berkata, kemenangan yang diperoleh beliau cukup besar.

"Tahniahlah... Saya ucap tahniahlah kerana menang. Kemenangannya membuktikan bahawa beliau (Zahid) disayangi orang UMNO," katanya yang ditemui selepas menijanu persiapan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi, Kuah, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata demikian ketika diminta mengulas kemenangan Ahmad Zahid yang terus mendapat kepercayaan dan keyakinan ahli UMNO apabila dipilih sebagai Presiden UMNO baharu.

Keputusan itu sekali gus menjulang Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang sebelum ini menjalankan tugas pemangku Presiden UMNO sebagai Presiden UMNO kelapan.

Ahmad Zahid menewaskan empat pesaing lain antaranya dua nama besar UMNO iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang.

Berita berkaitan:

Ahmad Zahid Presiden UMNO, Tok Mat Timbalan [METROTV]

Disiarkan pada: July 1, 2018 @ 12:01pm
d