mutakhir

SPRM sahkan panggil Ahmad Zahid

Oleh Hasbi Sidek

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menghubungi bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM, esok.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki dalam satu kenyataan media, hari ini.

Azam berkata, Ahmad Zahid dikehendaki hadir bagi membantu siasatan membabitkan dua kes berasingan.

“Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dihubungi oleh SPRM pada 27 Jun lalu meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 10 pagi esok untuk dirakam percakapannya mengikut Akta SPRM 2009," katanya ringkas.

Terdahulu, Ahmad Zahid menjelaskan beliau akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM esok bagi kes siasatan berhubung dana dalam yayasan milik keluarga beliau.

Beliau berkata, UMNO menyerahkan kepada SPRM menyiasat dakwaan menyatakan parti itu menerima dana daripada 1MDB selain percaya SPRM akan menjalankan siasatan secara telus berhubung perkara itu.

Berita berkaitan:

Zahid sah jumpa SPRM esok

Disiarkan pada: July 1, 2018 @ 6:50pm
d