mutakhir

Istiadat angkat sumpah hari ini

Oleh Wartawan NSTP

BEBERAPA kenderaan Menteri dan hakim dilihat masuk ke Istana Negara dekat Jalan Duta, Kuala Lumpur dipercayai bagi menghadiri istiadat angkat sumpah barisan baki Kabinet kerajaan, yang dijadualkan berlangsung kira-kira 11 pagi, hari ini.

Turut kelihatan beberapa kenderaan yang dipercayai dinaiki Ahli Parlimen yang bakal dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.

Sebelum majlis angkat sumpah berlangsung, Ahli Parlimen berkenaan akan menghadiri sesi raptai terlebih dahulu yang bermula pada 9 pagi tadi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak istana baru-baru ini memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah menerima senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet pada 20 Jun lalu.

Kenyataan itu menyebut, senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan dikembalikan semula kepada Pejabat Perdana Menteri pada 22 Jun lalu.

Sebelum ini, 13 menteri Kabinet sudah mengangkat sumpah.

Dengan baki Menteri dan Timbalan perdana yang akan mengangkat sumpah pada pagi ini, Kabinet dijangka mempunyai 26 menteri dan 23 timbalan menteri, jika berpandukan kepada senarai nama yang tersebar di media sosial.

Disiarkan pada: July 2, 2018 @ 10:39am
d