mutakhir

SPRM panggil Riza Aziz pula...

Oleh Mohd Husni Mohd Noor; Hidir Reduan dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor

ANAK tiri bekas Perdana Menteri Najib Razak, Riza Aziz, 48, dipanggil memberi keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok dipercayai bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber SPRM berkata, Riza dijangka hadir di Ibu Pejabat SPRM, Presint 7 di Putrajaya, kira-kira 2 petang esok.

Riza Aziz yang juga seorang produser filem Hollywood pernah dikaitkan dengan isu 1MDB termasuk dakwaan menggunakan wang 1MDB untuk menerbitkan sebuah filem.

SPRM sejak akhir Mei lalu mula memanggil beberapa individu bagi melengkapkan siasatan berkaitan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu termasuk Najib.

Najib masing-masing pada 22 dan 24 Mei lalu hadir di Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung isu berkenaan.

Malah, pada 5 Jun lalu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir ke SPRM untuk memberi keterangan sama.

Minggu lalu, Pasukan Petugas Khas 1MDB bertindak membekukan lebih 900 akaun termasuk akaun UMNO Pusat dan UMNO Selangor bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan berhubung dakwaan akaun berkenaan menerima dana daripada 1MDB.

Disiarkan pada: July 2, 2018 @ 4:44pm
d