mutakhir

Kutipan THM cecah RM132 juta

Oleh Noor Atiqah Sulaiman

TABUNG Harapan Malaysia (THM) kini sudah berjaya mengutip lebih RM132 juta setakat jam 3 petang hari ini selepas hampir sebulan ditubuhkan.

Jumlah sumbangan berkenaan diumumkan melalui laman Facebook rasmi Kementerian Kewangan, hari ini.

Penubuhan THM diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan berikutan paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.

Penubuhan tabung itu membolehkan kementerian berkenaan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat dengan cara lebih sistematik dan telus.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452 dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini berkata, sumbangan derma yang disalurkan kepada Tabung Harapan akan hanya digunakan untuk membayar hutang kerajaan.

Disiarkan pada: July 2, 2018 @ 5:47pm
d