mutakhir

Selamat bertugas Syed Saddiq, Steven [METROTV]

Oleh Fahmy Azril Rosli

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan timbalannya, Steven Sim Chee Keong tiba di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 8.42 pagi.

Ketibaan disambut Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Lokman Hakim Ali dan staf.

Syed Saddiq bersama Timbalannya mengetik kad perakam masa pada 8.48 pagi tadi di KBS.

Baju korporat KBS dan jaket rimau turut diserahkan kepada Syed Saddiq dan timbalannya sebagai gimik menyambut kedatangannya mereka berdua.

Selepas itu, Syed Saddiq dan Steven Sim dibawa melawat sekitar Menara KBS sebelum diberi taklimat.

Pada 11.45 pagi, dijadualkan berlangsung sesi serah tugas yang akan dihadiri menteri terdahulu, Khairy Jamaluddin.

Disiarkan pada: July 3, 2018 @ 10:38am
d